KOTA BHARU 7 April – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) perlu memberi penjelasan teliti kepada rakyat mengenai pengagihan hibah atau bonus 1.25 peratus bagi tahun 2018 yang merupakan terendah dalam sejarah institusi itu. Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, penjelasan penting bagi mengelak andaian-andaian negatif yang berlegar dalam masyarakat. Beliau berkata, agihan bonus itu sudah tentu mengejutkan 9.3 juta pendeposit Tabung Haji yang tidak pernah menerima bonus serendah itu sebelum…










