LONDON 27 April – Penumpang yang akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow tidak perlu lagi menunjukkan pasport di kaunter daftar masuk. Daily Mail melaporkan, lapangan terbang terbesar Britain itu kini menempatkan teknologi pengecaman wajah bagi mempercepatkan proses di kaunter tersebut. Malah, pas masuk (boarding pass) juga tidak lagi diperlukan. Projek yang menelan belanja 50 juta pound itu membolehkan penumpang melalui kios automatik untuk mengimbas pasport dan gambar. Gambar itu…









