DORTMUND 28 April – Kapten Borussia Dortmund, Marco Reus memohon maaf kerana mengecewakan pasukannya selepas dilayangkan kad merah ketika tewas 2-4 kepada Schalke dalam saingan Bundesliga, malam tadi. Kekalahan itu menyaksikan hasrat Dortmund untuk bergelar juara liga musim ini lebur sekali gus memberi laluan kepada Bayern Munich untuk mempertahankan kejuaraan. Tuan rumah terlebih dahulu mendahului menerusi Mario Gotze namun Daniel Caligiuri menyamakan kedudukan disusuli ledakan Salif Sane untuk meletakkan Schalke…










