LEICESTER 28 April – Unai Emery menaruh harapan menggunung dalam misi mencari kemenangan biarpun terpaksa beraksi di tempat lawan apabila menentang Leicester dalam aksi
Liga Perdana Inggeris (EPL), hari ini.
The Gunners yang memiliki skuad tidak seimbang bukan menjadi rahsia lagi dalam EPL.
Skuad kendalian Emery itu memiliki jentera serangan yang ampuh dengan kemampuan Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette meledak gol bagaimanapun Arsenal pincang
di bahagian pertahanan.
Arsenal memburu tiga mata dalam usaha mereka menempah slot ke Liga Juara-Juara musim depan enggan dihantui dengan kekalahan memalukan Wolverhampton pada minggu lalu
sebaliknya Emery menegaskan pemainnya sudah pun melupakannya.
“Saya tidak mahu bercakap mengenai kekalahan dalam perlawanan sebelum ini.
“Saya tidak mahu bercakap mengenai kemenangan kami di Napoli sebaliknya saya hanya mahu bercakap mengenai aksi seterusnya.
“Kami melakukan bersiapan dan berusaha untuk tidak memberi terlalu banyak maklumat. Kami akan memberi maklumat yang mencukupi apabila sudah bersedia.
“Kami boleh berfikir dalam setiap detik mengenai persembahan pasukan dan bagaimana kami boleh konsisten,” kata Emery.
Arsenal menewaskan Leicester 3-1 di laman sendiri pada Oktober lalu ketika The Foxes di bawah kendalian Claude Puel namun Brendan Rodgers merupakan pengurus terbaharu mereka. – AFP











