KEPALA BATAS 4 April – Hasrat seorang guru untuk bercuti ke Maldives musnah apabila dia menjadi mangsa penipuan seorang agen pelancongan Jom Cuti Helo. Malah guru berkenaan turut kerugian RM7,000 selepas ditipu ejen pelancongan tersebut yang menawarkan pakej pelancongan dengan harga yang murah. NOORZAINY Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa yang berusia 47 tahun dan beralamat di Sungai Dua, di sini menerima mesej…










