RICHMOND, Texas – Seorang peminat tegar permainan video telah diiktiraf Guinness World Records sebagai pemilik koleksi permainan video terbesar di dunia di sini baru-baru ini. Antonio Monteiro mula bermain permainan video sejak kecil sehingga pegawai Guinness terpaksa menghabiskan masa lapan hari untuk membilang keseluruhan 20,139 kotak permainan video di rumahnya. “Saya sangat teruja kerana akhirnya dapat berkongsi rekod ini dengan penduduk seluruh dunia,” kata Monteiro yang turut mempunyai lebih 100…










