MUAR 28 April – Kegembiraan seorang ibu yang disahkan pulih daripada barah limfoma dihidapinya selama lebih setahun tidak bertahan lama apabila disahkan penyakit tersebut menyerang semula pada Oktober tahun lalu. Nurhidayah Khalid, 29, berkata, dia berasa begitu teruja dan mendapat semangat baharu selepas disahkan oleh doktor pulih daripada penyakit kanser limfoma yang dideritainya pada awal 2018. “Namun kegembiraan itu hanya sementara dan hanya bertahan selama lapan bulan selepas disahkan penyakit…










