Gangguan air: Air Selangor turun padang agih notis hebahan - Utusan Malaysia

Gangguan air: Air Selangor turun padang agih notis hebahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 April – Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) hari ini menjalankan aktiviti turun padang di sekitar Lembah Klang bagi mengedarkan notis hebahan dan memberi penerangan kepada orang ramai berhubung gangguan bekalan air berjadual sehingga 86 jam bermula Rabu ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata, langkah itu bagi memastikan pengguna sedia maklum dan membuat persediaan awal ekoran kejadian yang disebabkan oleh pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2.


“Air Selangor menghargai kerjasama pelanggan sepanjang tempoh gangguan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pelanggan dinasihatkan merujuk laman web www.syabas.com.my atau muat turun aplikasi telefon bimbit Air Selangor di Google Play atau App Store, facebook Air Selangor atau twitter @air_selangor untuk maklumat kawasan dan status terkini yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini