KOTA TINGGI BAHRU 14 April – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya mematahkan cubaan menyeludup 970 ekor burung murai kampung bernilai RM29,100 dalam serbuan di pantai Kampung Simon, Teluk Ramunia, Pengerang dekat sini malam tadi. Komander PPM Wilayah Dua Johor, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, serbuan terbabit dilakukan kira-kira pukul 11.30 malam hasil maklumat dan intipan dilakukan PPM. “Ketika serbuan dilakukan, sekumpulan lelaki didapati sedang memunggah kotak-kotak…










