KUALA LUMPUR – Seorang pembantu warung tidak dapat menyempurnakan pengebumian bayi lelakinya yang meninggal dunia sejurus dilahirkan di sebuah hospital malam tadi hanya kerana tiada wang untuk membayar kos pengebumian sebanyak RM300 dipinta pengurusan jenazah sebuah surau. Isteri kepada lelaki berkenaan dipercayai terjatuh di tandas dan menyebabkan bayi berusia lima bulan yang dikandungnya gugur. Kisah menyayat hati itu dikongsi seorang aktivis gerakan Amal Team, Mohd Zulhairi Zainol, 34, atau lebih dikenali…










