Flat retak : penduduk dipindah kali kedua - Utusan Malaysia

Flat retak : penduduk dipindah kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 April – Sebanyak 19 keluarga Blok F Pangsapuri Taman Keramat Permai di sini yang mengalami keretakan serius bangunan sejak Jumaat lalu akan dipindahkan ke Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) AU2 pukul 6 petang ini.

Menurut pegawai bertugas dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Rafidah Ibrahim, kesemua 71 mangsa yang kini ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Amal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Keramat akan dipindahkan berikutan waktu persekolahan akan bermula esok.

“Kami difahamkan dewan berkenaan perlu digunakan untuk majlis perkahwinan pada hari ini dan kesemua mangsa akan dipindahkan selewat-lewatnya pukul 6 petang ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di SMK Taman Keramat di sini pagi tadi.


Memuatkan artikel berkaitan…

Tambahnya, mangsa yang berada di pusat pemindahan sejak Jumaat lalu terdiri daripada 43 orang dewasa, 18 kanak-kanak manakala empat bayi berumur dua tahun ke bawah termasuk lima warga emas dan seorang orang kurang upaya (OKU).

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, seramai 222 penghuni daripada 37 keluarga diarahkan berpindah selepas penemuan beberapa kesan retakn pada pangsapuri empat tingkat berkenaan.

Hasil pemeriksaan pasukan siasatan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), MPAJ dan Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati pergerakan tanah masih aktif dan memerlukan pemeriksaan lanjut bagi menentu punca keretakan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini