WASHINGTON 13 April – Pembuat mainan Fisher-Price menarik hampir 5 juta produk tempat tidur Rock ‘n Play selepas laporan mengaitkannya dengan 30 kematian bayi sebelum ini. BBC melaporkan, penarikan tersebut diumumkan Suruhanjaya Keselamatan Produk Konsumer Amerika Syarikat (CPSC) semalam. Dalam laman sesawang CPSC, sekurang-kurangnya 30 bayi maut dalam model tempat tidur itu sejak dilancarkan pada 2009. “Mattel pemilik Fisher-Price mengesahkan penarikan sukarela itu namun tetap berpendirian dengan keselamatan produk mereka.…










