LONDON 28 April – Liverpool meneruskan persiapan menghadapi Barcelona dalam separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Camp Nou,
Rabu ini tanpa Roberto Firmino yang masih bergelut dengan kecederaan.
Penyerang Brazil itu terlepas perlawanan Liga Perdana Inggeris semalam ketika Liverpool membelasah Huddersfield Town 5-0.
“Bobby (Firmino) menjalani latihan semalam, namun tidak terlalu keras dan hanya tertumpu kepada melakukan tendangan bebas.
“Hasil pemeriksaan mengesahkan ada koyakan kecil pada ototnya, tetapi ia tidak terlalu serius.
“Buat masa ini, kami tidak pasti sama ada dia boleh diturunkan, Rabu ini. Kita kena melihat perkembangannya dalam beberapa hari ini,” kata jurulatih Reds, Jurgen Klopp.
Ketiadaan Firmino, 26, pasti akan dirasai Liverpool kerana dia membentuk trio serangan ampuh bergandingan bersama Sadio Mane dan Mohamed Salah. – AGENSI











