KUALA LUMPUR 2 Mac – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) fokus menyelesaikan masalah rakyat dan bukan hanya mencari jalan untuk mengenakan beliau setiap hari. Ahli Parlimen Pekan itu secara sinis turut mempertikaikan kerajaan PH yang didakwa bukan sekadar menambah hutang negara, bahkan turut melaksanakan banyak polisi yang tidak relevan. “Masalah-masalah rakyat seperti yang dilaporkan media patut menjadi fokus kerajaan PH dan bukannya…










