KUALA LUMPUR 2 April – Jaringan tunggal daripada S. Chanturu pada masa kecederaan sudah cukup untuk Felda United melangkah ke pusingan ketiga Piala FA, sebentar tadi. Dalam saingan di Stadium Negeri Sarawak itu, penyerang Felda tersebut menjaringkan gol pada minit ke-90+3 untuk mengesahkan kemenangan 1-0 ke atas Kuching FA pada aksi pusingan kedua. Turut mara ke pusingan ketiga adalah UKM FC selepas membenam Protap FC 5-1 di Stadium UKM, Bangi…










