Fekir semakin hampir sertai Liverpool? - Utusan Malaysia

Fekir semakin hampir sertai Liverpool?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL 4 April – Liverpool dilaporkan semakin hampir untuk menyempurnakan perpindahan pemain tengah Lyon, Nabil Fekir, yang mana perkembangan terbaru itu mungkin turut mendorong Real Madrid memantau Sadio Mane yang menjadi buruan mereka.

Menurut laporan majalah minggguan sukan Sepanyol, Don Balon, Fekir merupakan sasaran utama Liverpool, musim panas ini, dan pemain antarabangsa Perancis itu dikatakan telahpun bersetuju dengan syarat peribadi bersama Reds.

Difahamkan juga, Liverpool sepatutnya tidak bermasalah untuk membayar 59 juta pound (RM316 juta) ataupun meyakinkan Lyon agar menjual Fekir.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam masa sama, Don Balon menambah, Real Madrid juga bersedia mengorak langkah bagi mendapatkan Mane, yang sedang mengharungi musim cemerlang di Anfield, memandangkan Fekir dilihat sebagai pengganti sesuai bintang antarabangsa Senegal itu.

Bagaimanapun, sukar untuk membayangkan Liverpool akan melepaskan dengan mudah Mane, dengan pemain berusia 26 tahun itu berjaya membuktikan dia sebagai penyerang yang lebih dipercayai berbanding Mohamed Salah dan Roberto Firmino, musim ini.

Mane kini adalah penyerang yang menjadi kepercayaan Jurgen Klopp, maka, tidak menjadi kehairanan prestasi baiknya itu turut menarik perhatian Real.

Sememangnya menarik untuk menyaksikan, jika khabar angin penyertaan Fekir itu mampu menggugat pendirian Liverpool terhadap Mane, tetapi Don Balon menegaskan, kelab gergasi Sepanyol itu bersedia berbelanja besar demi mendapatkan khidmat bekas bintang Southampton tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini