MIAMI 1 April – Roger Federer merangkul gelaran ke-101 dalam kariernya awal hari ini selepas menjuarai Terbuka Miami dengan menundukkan juara bertahan, John Isner dari Amerika Syarikat (AS) 6-1, 6-4 di final. Kejayaan terbaharu pemain veteran dari Switzerland itu diakuinya dapat meningkat keyakinan sebagai persiapan menghadapi musim pertandingan gelanggang tanah liat selepas ini. Sebagai rekod, Federer, 37, sudah dua tahun tidak menyertai musim gelanggang tanah liat tetapi tahun ini mahu kembali dengan Terbuka Perancis dijangka menjadi kemuncak sasarannya. “Saya terpaksa bermula dari bawah semula untuk kembali ke gelanggang tanah liat.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya