FBM KLCI dijangka pulih - Utusan Malaysia

FBM KLCI dijangka pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA 29 April – Ekuiti Malaysia yang merupakan pasaran utama terburuk tahun ini dijangka menghampiri pemulihan didorong oleh sokongan kerajaan yang semakin meningkat.

Bloomberg melaporkan Macquarie Group Ltd. dalam nota kajiannya berkata, pembaharuan di syarikat milik kerajaan, kejelasan dan rangsangan politik dapat memperlihatkan petunjuk pasaran FBM KLCI Bursa Malaysia meningkat kepada 1,800 mata dalam senario asas, atau mencapai 1,900 mata dalam kes kenaikan harga.

Unjuran itu merupakan 10 hingga 16 peratus lebih tinggi daripada paras penutupan Bursa Malaysia pada Jumaat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kumpulan perbankan itu berkata, kelembapan pertumbuhan ekonomi dan ketidakpastian mengenai dasar pentadbiran baharu membawa kepada aliran keluar ekuiti bernilai AS$4.4 bilion (RM18.18 bilion) dalam tempoh 12 bulan lalu.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menunjukkan tanda-tanda ‘lari’ daripada pendirian belanjawan awalnya dengan memulihkan projek-projek besar dan mencari pelaburan asing.

Malaysia menyambung semula perjanjian dengan China untuk Projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dengan kos yang lebih rendah dan menghidupkan semula hab pengangkutan dan hartanah Bandar Malaysia bernilai AS$34 bilion (RM140.5 bilion).

“Rangsangan fiskal, seperti projek ECRL dan Bandar Malaysia yang kembali disambung, harga minyak melebihi sasaran dan kecairan adalah mencukupi.

“Aliran berita pemangkin yang berorientasikan dasar sahaja juga boleh memulihkan KLCI pulih ke paras tertinggi 12 bulan iaitu 1,850,” katanya dalam satu nota kajian yang diterbitkan 26 April lalu.

Macquarie menjangkakan perkembangan yang sama berlaku dengan projek MRT 3 dan projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura serta sektor telekomunikasi dan dalam kumpulan syarikat Petroliam Nasional Bhd. (Petronas).

Indeks FBM KLCI menunjukkan tanda-tanda pemulihan dengan naik satu peratus minggu lalu, mengakhiri tempoh kejatuhan selama lima minggu berturut-turut, kejatuhan paling lama sejak 2015.

“Risiko utama kekal sebagai pengecualian potensi Malaysia daripada Indeks Bon Dunia FTSE Russell, yang boleh menyebabkan aliran keluar bon bernilai AS$23 bilion (RM95 bilion) susulan penyedia indeks lain mengikuti dan memperburukkan jualan asing dalam ekuiti tempatan”, kata bank itu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini