BUKIT MERTAJAM 28 April – Bekalan bahan mentah terutama ayam serta kelapa dijamin mencukupi bagi menampung permintaan pengguna yang meningkat sepanjang Ramadan nanti. Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Ishak Ismail berkata, selain itu tinjauan pihaknya juga mendapati bekalan bahan makanan lain seperti sayur-sayuran dan buah-buahan mencukupi. “Dua barangan yang didapati akan mendapat permintaan yang meningkat pada Ramadan ialah ayam dan kelapa namun kita akan pastikan bekalannya mencukupi. “FAMA telah…










