ECRL: Rundingan kerajaan terdahulu tidak telus - Utusan Malaysia

ECRL: Rundingan kerajaan terdahulu tidak telus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING – Rundingan untuk membina Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah dilakukan secara tidak telus tanpa sebarang kajian terperinci mengenainya, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Itu Perdana Menteri dahulu (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang membuat rundingan, tiada usaha yang wajar, tiada kajian daya maju.

“Tidak telus, kemudian hendak pinjam (duit) banyak-banyak,” katanya hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia pada akhir lawatan kerjanya selama lima hari ke China untuk menghadiri Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Antarabangsa (BRF) kedua yang berakhir semalam.

Kerajaan memutuskan untuk meneruskan pembangunan ECRL, yang akan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia selepas digantung pembinaannya pada tahun lepas berikutan membabitkan kos yang tinggi.

Persetujuan untuk meneruskan ECRL dibuat selepas kejayaan rundingan semula oleh Wakil Khas Perdana Menteri, Tun Daim Zainuddin yang berjaya mengurangkan kos pembinaan ECRL daripada kos asal iaitu RM65.5 bilion kepada RM44 bilion. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini