SEREMBAN 29 April – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di sini hari ini memilih Ketua PKR Cabang Seremban, Dr. Ahmad Azam Hamzah sebagai Ahli Dewan Negara. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun (PKR-Sikamat) mencadangkan nama itu dan disokong oleh Mohamad Taufek Abd. Ghani (Amanah-Paroi). Speaker DUN, Datuk Zulkefly Omar kemudian mengumumkan pelantikan itu selepas mendapat sokongan majoriti ahli dewan. Dr. Ahmad Azam yang dilahirkan di Kemaman, Terengganu pada…










