KUALA LUMPUR 7 April – Disebalik persembahan kurang memuaskan pada kejohanan badminton Terbuka Malaysia, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih yakin negara ini mampu menempatkan dua wakil maksimum dalam setiap acara pada Sukan Olimpik Tokyo 2020. Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann berkata, berdasarkan kepada kedudukan semasa, acara beregu campuran merupakan sandaran paling realistik kerana dua pasangan iaitu Chan Peng Soon-Goh Liu Ying serta Goh Soon Huat-Shevon Lai berada dalam kelompok 10 terbaik. Katanya, beregu lelaki juga berada pada kedudukan yang baik dengan kesemua pasangan menunjukkan peningkatan positif dalam tempoh enam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya