Dua saksi inkues Adib diugut - Utusan Malaysia

Dua saksi inkues Adib diugut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 April – Polis mengesahkan pihaknya telah menerima dua laporan dari doktor pakar forensik, Hospital Kuala Lumpur pada Sabtu lalu kerana menerima ugutan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kedua-dua-dua laporan tersebut telah dibuat di Balai Polis Subang Jaya kira-kira pukul 9.28 malam.

Ujarnya, kedua-dua mereka merupakan saksi doktor pakar dalam inkues Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan itu, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 189 Kanun Keseksaan iaitu ugutab bencana kepada seorang penjawat awam.

“Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan lanjut akan dibuat memandangkan inkues masih berjalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini