Dua pegawai polis ditembak mati ketika solat jumaat di Yala - Utusan Malaysia

Dua pegawai polis ditembak mati ketika solat jumaat di Yala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YALA – Dua pegawai polis mati ditembak ketika menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di Daerah Than To, Yala, selatan Thailand, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Siasatan Jenayah Daerah Than To, Palakorn Sichai berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1 petang (waktu tempatan) ketika kedua-dua pegawai polis berusia 51 dan 53 tahun bersama-sama kira-kira 100 jemaah sedang menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurul Ibadah, Kampung Mayo.

Beliau berkata, empat lelaki yang menutup muka dan bersenjata memasuki masjid tersebut ketika kesemua jemaah sujud dan melepaskan  empat das tembakan tepat ke atas kepala mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, pihak polis tidak menolak kemungkinan insiden itu didalangi kumpulan pejuang pemisah Pattani yang bergerak aktif di kawasan itu. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini