Dua lagi Taman Permata Keluarga dibuka tahun ini - Utusan Malaysia

Dua lagi Taman Permata Keluarga dibuka tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 4 April – Kerajaan negeri merancang membuka dua lagi pusat nurseri bagi keperluan kakitangan jabatan kerajaan di Terebngganu iaitu Taman Permata Keluarga di Wisma Darul Iman dan Taman Permata Keluarga Majlis Perbandaran Dungun (MPD).

HANAFIAH MAT
HANAFIAH MAT 

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, kedua-dua pusat asuhan itu dijangka mula beroperasi sama ada Jun atau Julai depan.

Beliau memberitahu, buat masa ini pihaknya masih menunggu maklum balas pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi kerja-kerja pengubahsuaian di tingkat 1 Wisma Darul Iman berkenaan untuk dijadikan Taman Pertama Keluarga di situ.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Begitu juga Taman Permata Keluarga di MPD (Majlis Perbandaran Dungun), ia masih dalam proses selanjutnya sebelum dijangka mula beroperasi pada Jun atau Julai nanti,” katanya.

Hanafiah menyatakan perkara itu ketika menjawab soalan Wan Apandi Wan Nik (Pas-Sura) pada hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-14 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Beliau seterusnya berkata, pada masa ini, terdapat lima pusat asuhan seumpama itu di negeri ini iaitu Taman Permata Keluarga Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) selain Taman Permata Keluarga Sura Hujung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun.

Lain-lain ialah Taman Permata Keluarga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Taman Pertama Keluarga Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Taman Permata Keluarga Kota Putera Majlis Daerah Besut (MDB).

Hanafiah turut mengakui kewujudan pusat nurseri seumpama itu sebagaimana memenuhi janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kini mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat terutama di segi kadar yuran jauh lebih rendah berbanding pusat asuhan persendirian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini