JITRA – Luluh hati seorang peniaga nasi lemak apabila kehilangan suami dan anak lelakinya dalam kemalangan membabitkan tiga buah motosikal di Jalan Stesen Keretapi, Kampung Jeram di Tunjang dekat sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 malam itu, Ahmad Tarmizi Kadir, 50, maut di tempat kejadian selepas motosikal dinaiki bersama sepupunya bertembung dengan motosikal ditunggang anaknya sendiri, Muhammad Akhmal, 16. Muhammad Akhmal meninggal dunia sebaik tiba di Unit Kecemasan Hospital…










