PUTRAJAYA 2 April – Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan mana-mana anggota pentadbiran dilarang menerima hadiah sewaktu berada di dalam kerajaan. Perdana Menteri berkata, pihaknya tidak sesekali akan membenarkan jenayah rasuah berlaku di dalam pentadbiran negara. “Sekiranya jenayah itu dilakukan sebelum mereka berada dalam kerajaan, itu masalah mereka sendiri, bukan masalah kita. “Jika ia didapati bersalah (berhubung Setiausaha Politik), apa apa-apa pun terpulang pada orang ramai untuk menilainya,” katanya. Beliau berkata…










