DNA23 pacu pertumbuhan ekonomi - Anwar - Utusan Malaysia

DNA23 pacu pertumbuhan ekonomi – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 14 April – Pendekatan Digital Native Agenda (DNA23) perlu dilaksanakan dengan usaha kerajaan bagi memacu pertumbuhan ekonomi yang rancak dan segar sekali gus menarik minat golongan muda menceburinya.

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi negara-negara maju, jumlah pekerjaan baharu yang wujud menerusi ekonomi digital begitu tinggi.

“DNA23 bukannya agenda masa depan tetapi rancangan untuk masa kini yang perlu dilakukan segera akibat tekanan keperluan mendesak industri ekonomi digital.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Langkah ini perlu dilakukan bagi memastikan permasalahan seperti kemiskinan dapat diatasi dan mengelakkan jurang antara kaya dan miskin daripada terus melebar,” katanya ketika menyampaikan syarahan perdana DNA23 Ke Arah Negara Rahmah: Cabaran dan Peluang Untuk Malaysia dan Pahang di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini hari ini.

Yang hadir sama Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Seri Dr. Daing Nasir Ibrahim.

DNA23 mengupas isu digital dalam masa yang sama bertujuan memperkasakan pihak berkepentingan dalam landskap digital negara.

Tiga teras utama dalam DNA23, iaitu kemakmuran dan kebahagiaan, persediaan masa depan serta etika dan budaya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini