Dividen Bank Rakyat 13 peratus, dibayar 15 april - Utusan Malaysia

Dividen Bank Rakyat 13 peratus, dibayar 15 april

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA – Dividen Bank Rakyat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 adalah sebanyak 13 peratus dan akan dibayar pada 15 April ini (Isnin), umum Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Mohd. Yusof hari ini.

Beliau berkata, ia melibatkan pembayaran berjumlah RM379 juta kepada anggota.

“Pembayaran dividen masih tinggi meskipun trend pembayaran yang rendah dalam industri keseluruhannya,” katanya selepas melancarkan Garis Panduan Akreditasi Perusahaan Sosial di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Redzuan berkata, kadar dividen itu adalah baik di sebalik keadaan ekonomi dan cabaran yang dihadapi negara.

“(Kadar dividen) 10 peratus itu cukup bagus melihat kepada iklim ekonomi negara,” katanya.

Mohd. Redzuan berkata, kadar dividen berkenaan diumumkan selepas melakukan perbincangan dengan Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia.

Beliau berkata, Bank Rakyat akan mengumumkan prestasi kewangan kumpulan bagi tahun kewangan 31 Disember 2018 tidak lama lagi.

Bank Rakyat yang merupakan bank koperasi Islam, adalah di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini