TASEK GELUGOR 16 April – Disangka bunuh diri, tetapi sebaliknya si suami membunuh isteri terlebih dahulu sebelum bertindak menggantung diri di rumah sewa mereka di Jalan Pokok Machang, di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi semalam itu, mayat suami isteri berusia 27 dan 31 tahun itu ditemukan oleh pemilik rumah berkenaan. Ketika ditemukan, mayat suami berada dalam keadaan tergantung pada alang di dalam bilik rumah sewa rumah berkenaan…









