KUALA LUMPUR 2 April – Seorang anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur yang sedang bertugas cedera ringan selepas dilanggar seorang pelajar di Jalan Raja Laut menghala Dataran Merdeka di sini hari ini. Ketua JSPTKL, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.11 pagi melibatkan sebuah kereta jenis Mercedes E200 yang dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun. “Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika anggota yang…










