Didakwa bunuh Jong-nam: Warga Vietnam dijatuhkan hukuman penjara - Utusan Malaysia

Didakwa bunuh Jong-nam: Warga Vietnam dijatuhkan hukuman penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 April – Warga Vietnam, Doan Thi Huong yang didakwa membunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam dijatuhi hukuman penjara tiga tahun empat bulan, selepas mengaku bersalah.

Portal The Star Online melaporkan, Hakim Mahkamah Tinggi, Azmi Ariffin memerintahkan supaya masa penjara dijalankan dari tarikh penangkapan iaitu pada 15 Februari 2017.

Wanita itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) pada pukul 9 pagi, 13 Februari 2017.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika prosiding, dia yang memakai selendang merah kelihatan tenang sambil memandang kepada beberapa lelaki termasuk bapanya dan pegawai daripada kedutaan Vietnam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini