KLANG – Hasrat sepasang suami isteri warga Indonesia bekerja secara haram di negara ini terbantut apabila selepas dicekup Pasukan Polis Marin (PPM) di Jeti Penumpang Pelabuhan Klang di sini kelmarin. Pasangan itu ditahan pada pukul 11.15 pagi bersama seorang lagi rakan senegara mereka yang masing-masing berusia 28 dan 30 tahun. Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Khairuddin Jamal berkata, penahanan mereka dilakukan menerusi Ops Pensura selepas mengesan…










