Dapatkan bantuan pihak berkuasa Indonesia, siasatan masih berjalan - Utusan Malaysia

Dapatkan bantuan pihak berkuasa Indonesia, siasatan masih berjalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 April- Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendapatkan bantuan Polis Republik Indonesia (Polri) berhubung penemuan sejumlah dokumen yang didakwa mempunyai kaitan dengan proses Pilihan Raya Umum (PRU) Indonesia di Kajang, 10 April lalu.

MOHAMAD FUZI HARUN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, ini kerana kes ini tidak melibatkan pelanggaran undang-undang di negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan masih berjalan dan kita juga sedang menentukan bentuk tindakan yang boleh diambil bagi membantu pihak berkuasa Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Khamis lalu, media melaporkan dua laporan polis dibuat selepas ratusan karung beg mengandungi kertas undi PRU pemilihan presiden Indonesia ditemukan di dua tempat sekitar Kajang dekat sini.


Laporan pertama dibuat oleh seorang lelaki warga Indonesia dari Badan Pemenangan untuk calon nombor (02) Probowo-Sandi, yang menyatakan pihaknya menemui kertas undi dalam 157 karung dan plastik hitam dalam sebuah rumah kedai.


Laporan kedua pula dibuat oleh seorang pengadu juga warga Indonesia yang bertugas sebagai Panitia Pengawas Pilihan Raya Umum Luar Negeri Kuala Lumpur, bagi Pilihan Raya Indonesia di kawasan sate Kajang.


Hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 20 karung beg diplomatik, 10 karung beg hitam dan lima karung beg putih tulisan Pos Malaysia yang mengandungi kertas undi pos PRU Indonesia.


Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin mengesahkan penemuan tersebut.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini