KUALA LUMPUR – Saksi ke-21 memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi di sini bahawa akaun milik syarikat Gandingan Mentari Sdn. Bhd. disenaraikan sebagai akaun “high risk” (berisiko tinggi). Pengurus Cawangan Ambank Raja Chulan, R.Uma Devi berkata, ia berikutan apabila syarikat itu mengendalikan aliran jumlah wang yang banyak termasuk wang-wang firma guaman. “Kesemua aliran wang dalam akaun syarikat itu diselia oleh Compliance Department (Jabatan Pematuhan) di syarikat tersebut dan jabatan itu juga akan melakukan pemantauan pada…









