Dakwa dera amah: Selepas Tan Sri, keterangan amah pula diambil - Utusan Malaysia

Dakwa dera amah: Selepas Tan Sri, keterangan amah pula diambil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 April- Polis hari ini merakam semula percakapan tiga pembantu rumah yang didakwa didera majikan mereka bergelar Tan Sri sehingga bertindak melarikan diri dari kediaman individu tersebut di Kajang dekat sini, 26 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, pihaknya telah pergi ke pusat perlindungan yang menempatkan ketiga-ketiga mangsa bagi mengambil keterangan lanjut.

“Siasatan masih dijalankan sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam media melaporkan keterangan individu bergelar Tan Sri berusia 58 tahun telah diambil sehari selepas laporan polis dibuat.

Menurut sumber, siasatan lanjut ba­gaimanapun masih berjalan memandangkan laporan kesihatan ketiga-tiga pembantu rumah berkenaan tidak menunjukkan sebarang tanda mereka telah didera.

Jumaat lalu, tiga pembantu rumah warga Indonesia mendakwa ditumbuk dan dipukul serta gaji mereka juga tidak dibayar selama bekerja di situ selain tidak dibenarkan pulang ke Indonesia kerana pasport disimpan oleh majikan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini