Crossroad: One Two Jaga raih kemenangan besar - Utusan Malaysia

Crossroad: One Two Jaga raih kemenangan besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 April – Filem bergenre drama penyiasatan dan kepolisan, Crossroad: One Two Jaga arahan Namron yang berjaya meraih kemenangan besar dalam Festival Filem Malaysia ke-30 hujung bulan lepas, sekali lagi mencatatkan kejayaan cemerlang dalam Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) malam tadi.

Pengarah filem tersebut, Namron dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik manakala pelakon, Amerul Affendi diumum sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Selain itu, anugerah Filem Terbaik dimenangi oleh filem dari Filipina yang bertajuk Signal Rock, arahan Chito S. Rono, lakonan Christian Bables and Keanna Reeves.

Memuatkan artikel berkaitan…

Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik pula dimenangi oleh mendiang Kristoffer King dari Filipina menerusi filem bertajuk Kristo, manakala Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dimenangi oleh pelakon Indonesia Raihaanun menerusi filem 27 Steps of May.

Lebih 100 filem dari 10 negara ASEAN bertanding dalam sembilan kategori AIFFA 2019 yang berlangsung di Kuching, Sarawak, tahun ini.

AIFFA adalah pertandingan dwi-tahunan bagi pemain industri filem dari 10 negara ASEAN. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini