ROM 28 April – Claudio Ranieri tanpa berselindung memberitahu dia berasa amat gembira jika Antonio Conte menjadi penggantinya di Roma selepas membantu kelab tersebut berada dalam empat pasukan teratas dengan menewaskan Cagliari 3-0.
“Ya, saya mahukan dia,” kata Ranieri.
Spekulasi mengenai bekas bos Juventus, Chelsea dan Itali itu bakal menggantikan Ranieri yang menjadi jurulatih sementara menggantikan Eusebio Di Francesco dipecat pada Mac lalu bertiup semkin kencang.
Media Itali melaporkan Roma dikaitkan bakal menawarkan kontrak selama tiga tahun bernilai 9.5 juta euro (RM43 juta) kepada Conte.
Ketika ditanya sama ada Raneiri mengetahui mengenai perkara tersebut, bekas bos Leicester itu berkata;’Saya akan menjadi individu terakhir akan mengetahui sesuatu….Jika Antonio datang saya sangat gembira.
Dalam pada itu, pengarah pasukan, Francesco Totti berkata semua kelab mahukan Conte namun legenda Roma itu enggan memberitahu tentang perkara yang dibincangkan oleh mereka berdua baru-baru ini.
“Conte merupakan salah seorang jurulatih terbaik di Eropah. Memiliki jurulatih seperti dia anda boleh mempunyai projek yang lebih baik untuk menjuarai sesebuah kejuaraan.
“Bagaimanapun, kami ada Ranieri dan kami perlu menghormatinya hingga tamat musim. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk bercakap mengenai jurulatih lain,” katanya. – AFP











