City nekad musnahkan impian besar Liverpool - Utusan Malaysia

City nekad musnahkan impian besar Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola komited meletakkan sasaran kepada pasukannya untuk menang dalam lima perlawanan yang masih berbaki musim ini untuk memusnahkan penantian 29 tahun Liverpool, sekali gus mempertahankan gelaran Liga Perdana England (EPL) yang dirangkul musim lalu.

The Reds kini masih menerajui carta EPL selepas berkelebihan dua mata setelah menundukkan Chelsea 2-0 biarpun City telah membenamkan cabaran Crystal Palace 3-1 di Selhust Park kelmarin.

Bagaimanapun, The Citizens masih kekurangan satu perlawanan, sementara Guardioala yakin pasukannya tidak akan terlepas sebarang mata dalam lima perlawanan yang masih berbaki.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami merasakan Liverpool akan menang dalam semua empat perlawanan yang masih berbaki, namun gelaran juara EPL musim ini sudah berada dalam tangan City.

“City perlu mengutip tiga mata dalam semua perlawanan jika mahu mengulangi kejayaan musim lalu.

“Perkara tersebut sudah sedia maklum kepada pemain dan mereka juga tahu apa yang perlu dilakukan.

“Pada saya, tiada sebarang keraguan yang bermain dalam minda dalam misi mempertahankan kejuaraan liga musim lepas,” kata Guardiola.

Ketika bertandang ke tempat lawan, dua jaringan Raheem Sterling dan satu daripada Gabriel Jesus sudah cukup untuk memberikan tiga mata buat City, sekali gus memberikan tekanan kepada skuad kendalian Jurgen Klopp yang sedang memimpin saingan EPL.

Sementara itu, gol sagu hati Palace diperoleh menerusi sentuhan Luka Milivojevic. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×