Cagamas, NHMFC meterai MoC tingkat pemilikan rumah - Utusan Malaysia

Cagamas, NHMFC meterai MoC tingkat pemilikan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 April – Perbadanan gadai janji nasional, Cagamas Berhad (Cagamas) dan National Home Mortgage Finance Corporation (NHMFC) memeterai memorandum kerjasama (MoC) untuk meneroka secara bersama kaedah pembiayaan perumahan bagi menggalakkan pemilikan kediaman dalam kalangan negara terlibat.

MoC tersebut ditandatangani oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cagamas, Datuk Chung Chee Leong dan Presiden NHMFC, Dr. Felixberto U. Bustos Jr..

Menurut Chee Leong, inisiatif itu bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama strategik antara Malaysia dan Filipina dalam pelbagai perkara termasuk penyelidikan dan perkongsian pengetahuan berkaitan pembiayaan rumah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia selari dengan mandat yang diberikan kepada kedua-dua institusi untuk membangunkan pasaran kewangan gadai janji kedua,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

MoC itu membolehkan kedua-dua negara bertukar-tukar pengalaman domestik dalam pembiayaan rumah, gadai janji dan instrumen kewangan lain.

Langkah tersebut dijangka menstabilkan pasaran rumah dan gadai janji, sekuriti bersandarkan gadai janji (MBS) serta instrumen pembiayaan lain untuk memanfaatkan modal persendirian ke dalam pasaran rumah.

Ciri-ciri utama termasuk mengenal pasti dan menarik pelaburan modal oleh pelabur swasta dan awam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini