JOHOR BAHRU 28 April – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini melancarkan buku Bersatu:Mulanya Di Sini…Johor Bahru iaitu nukilan sejarah dan perjuangan parti tersebut di Hotel Thistle di sini sebentar tadi. Pelancaran buku tersebut disempurnakan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor dan turut diiringi Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal. Buku tersebut karangan Datuk Jemale Paiman adalah setebal 217 muka surat itu…










