PASIR SALAK 2 April – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan mati lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Perak di Kampung Masjid Pulau Tiga Kiri di Kampung Gajah di sini hari ini.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa, Ahmad Salman Omar sedang bermain di sekitar kawasan tersebut sebelum terjatuh ke dalam Sungai Perak.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, empat anggota dihantar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.29 malam.
Katanya, ketika pihak bomba sampai di lokasi kejadian, mangsa telah dibawa naik ke tebing oleh orang awam dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
“Anggota membantu pihak polis dan mengambil maklumat mangsa sehingga operasi selesai. Operasi tamat pada pukul 8.20 malam,” katanya. – UTUSAN ONLINE











