KUALA LUMPUR 27 April- Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah-langkah penstrukturan semula pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga pembubaran tiga pasukan tindakan khasnya disasar untuk menambahbaik prestasi pasukan itu, di samping mengelak pertindihan fungsi di kalangan unit-unit serta pasukan tindakan khasnya. Pasukan yang dibubarkan terdiri daripada Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangesterisme (STAGG), Pasukan Khas Taktikal Narkotik (STING) dan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC)…









