BEIJING 28 April – Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) oleh China merupakan rancangan pembangunan bersama negara-negara peserta dan bukan strategi Beijing untuk mendominasi, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Katanya, beliau kini lebih memahami inisiatif pembangunan itu dan menyokongnya kerana ia akan memberi kebaikan kepada negara. “Kita merasakan rancangan BRI itu bukan rancangan dominasi oleh China, yang akhirnya akan dikuasai oleh China, sebaliknya ia adalah dasar ciptaan semua negara…










