BAKU 27 April – Valtteri Bottas menempah petak pertama mengatasi rakan sepasukan, Lewis Hamilton yang menyaksikan dominasi dua pemandu Mercedes itu pada kelayakan Grand Prix Formula 1 (F1) Azerbaijan, hari ini. Dalam saingan yang berlangsung di litar jalanan Baku itu, pemandu Finland tersebut melakar rekod sepusingan dengan catatan masa satu minit, 40.495 saat (s) mengatasi pendahulu kejuaraan dan juga juara dunia dengan 0.059 saat. Ini merupakan kali pertama Bottas berjaya…










