Bomba nafi terlibat program besar-besaran cari Acap - Utusan Malaysia

Bomba nafi terlibat program besar-besaran cari Acap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOPENG 4 April – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri menafikan terlibat dalam penganjuran program mencari peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29, secara besar-besaran yang tular dalam media sosial.

SABARODZI
SABARODZI 

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi JBPM negeri, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan penularan program tersebut yang dilihat boleh mengganggu tugas pencarian oleh pasukan penyelamat.

Katanya, kehadiran terlalu ramai orang awam bukan sahaja mengganggu fokus pencarian pasukan penyelamat malah turut mengganggu ketenteraman dan sensitiviti penduduk setempat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami menasihatkan para pengunjung atau sukarelawan yang ingin membantu supaya menghadkan kehadiran mereka di sini dan menunggu maklumat terkini daripada pihak penyelamat.

“Selain itu, faktor keselamatan juga dititikberatkan kerana lokasi pencarian adalah kawasan berisiko di mana pihak bomba sendiri ada terjumpa ular berbisa.,” katanya ketika ditemui di pos kawalan bomba di Kampung Pintu Padang di sini hari ini.

Terdahulu tular dalam media sosial program pencarian Hari Ke-15 Misi Mencari Ashraf yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini dengan kesemua peserta berkumpul di Tapak Perkhemahan Gua Tempurung di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini