NEW YORK 2 April – Boeing perlu melakukan lebih banyak kajian serta pemantauan terhadap perisian yang didakwa boleh mengelakkan pesawat model 737 MAX daripada berada dalam keadaan antipegun sebelum diserahkan untuk diteliti. Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA), pesawat berkenaan akan terus digantung operasi sehingga semua perkara selesai diteliti. “FAA tidak akan membenarkan pemasangan perisian tersebut selagi tidak berpuas hati dengan fungsi serta jaminan Boeing terhadap keberkesanannya. – AFP










