PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan (gambar) mengambil pendekatan ‘kunci mulut’ daripada memberikan sebarang respons berhubung desakan Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) dan penyokong supaya dia segera berundur. KERATAN Kosmo! semalam. Bibi Ramjani ketika dihubungi berkata, dia lebih selesa mengambil pendekatan untuk berdiam diri buat sementara waktu. “Insya-Allah, bila tiba masa sesuai, saya akan menjelaskan segala isu yang timbul. “Saya dengan hormatnya memohon maaf dan buat…










