BEIJING 27 April – Tidak ada sesiapa yang seharusnya mengenakan satu sistem nilai tunggal terhadap dunia, sebaliknya orang itu perlu berusaha untuk memahami nilai-nilai kehidupan dan perbezaan kebudayaan, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di sini hari ini. Berucap dalam sidang kemuncak meja bulat di hari terakhir Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Antarabangsa di Tasik Yangi hari ini beliau berkata, toleransi terhadap nilai dan perbezaan kebudayaan perlu ada,…










