MUNGKIN kita boleh membuat apa juga analisis berhubung kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang memberi amaran bahawa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan memerintah satu penggal jika mereka gagal menjalankan tanggungjawab serta tugas dengan baik. Hakikatnya dalam kalangan rakyat anggapan atau andaian itu bukanlah sesuatu yang aneh. Kekecewaan terhadap kerajaan sedia ada semakin membuak-buak. Sepatutnya dalam tempoh 10 bulan memerintah, sedikit sebanyak PH sudah membuktikan mereka lebih baik daripada kerajaan BN, malangnya itu tidak berlaku. Sikap terus menyalahkan kerajaan dahulu dalam apa juga perkara semakin menimbulkan rasa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya